Tuesday, September 13

-,-

السلام عليكم ورحمة الله وبركا ته

Jika kita mencintai seseorang,
kita akan sentiasa mendoakannya ,
walaupun dia tidak berada disisi kita.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, 
dua tangan untuk memegang, 
dua telinga untukmendengar dan dua mata untuk melihat. 
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? 
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati 
pada seseorang untuk kita mencarinya. 
Itulah namanya CINTA...
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. 
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. 
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi 


jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai 
harapan walaupun mereka telah dikecewakan. 
Kepada mereka yang masih percaya, 
walaupun mereka telah dikhianati. 
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, 
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya 
dan kepada mereka yang mempunyai 
keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. 
Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. 

Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai, 
kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.
Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, 
sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, 
tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.